..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

Monday, December 20, 2010

Diari Hamil~


Penulis : Khairun Nisa Zakaria, Muhd. Mawardi Zakaria & Khulwana Hanapi

Kod Buku : TBBK1169

Kod ISBN : 978-967-388-010-2

Harga : RM26.00



DIARI HAMIL ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir. Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Gunakanlah buku ini.

Bagaimana menggunakan buku ini??

~Buku ini merupakan panduan lengkap kepada bakal ibu. Mendedahkan perkembangan semasa bayi serta ibu sepanjang kehamilan.

~Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin.

~Turut memuatkan tip-tip yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi.

~Hadiah kepada isteri tersayang.

~Khazanah kenangan paling berharga buat seisi keluarga yang boleh disimpan sebagai koleksi peribadi.

Layari http:www.stormreaders.net/humairabooks untuk membuat pembelian secara online..

~Bisikan IBLIS LAKNATULLAH~

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya??

1. Membuka Bahagian Tangan

Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.
Akhirnya si wanita menampakkan tangannya d
an ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"


2. Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iai
tu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V".

3. Berpakaian tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang).

4. Agak Terbuka Sedikit

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.

5. Tudung Semakin Kecil

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung."

6. Terdedah

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.

7. Membuka Seluruh

Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!

Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...]


Sunday, October 17, 2010

Koleksi Nukilan Saudari Fatimah Syarha binti Mohd. Noordin dan Dr. Farhan Hadi bin Mohd. Taib


بسم الله الرحمن الرحيم


Fatimah Syarha binti Mohd. Noordin
dan
Dr. Farhan Hadi bin Mohd. Taib


Karya terbaru:

Kutemui Cinta-Nya

Harga: RM23.00




Sebarkan Cinta-Mu

Harga: RM 31.00 (Semenanjung)

RM 34.00 (Sabah,Sarawak & luar negara)






Denyut Kasih Medik
Semenanjung M'sia - RM23.00.
Sabah / S'wak: 25.00


Palestin Kami Datang!!
RM17.00


Novel Tautan Hati
RM29.90




Novel Syabab Musafir Kasih
RM22.90 (Semenanjung Malaysia)
RM24.90 (Sabah & Sarawak)



Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul
RM12.00
Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W
RM45.00

Kisah Haiwan Madinah Zaman Rasulullah S.A.W
RM45.00



Layari www.stormreaders.net/humairabooks untuk mendapatkan Koleksi Nukilan


Saudari Fatimah Syarha binti Mohd. Noordin

Thursday, October 14, 2010

~Doa Istikharah~


Ya ALLAH Ya Tuhanku

Sesungguhnya aku memohon penentuan-Mu yang baik

dengan ilmu-Mu dan penetapan-Mu dengan kekuasaan-Mu

dan aku memohon keutamaan-Mu Yang Maha Agung

kerana sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa

sedangkan aku tidak berkuasa

Engkaulah yang mengetahui (segala sesuatu)

sedangkan aku tidak mengetahui

dan sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib

Ya ALLAH Ya Tuhanku

sekiranya Engkau mengetahui bahawa...
(sebutkan perkara yang dihajati)

adalah baik bagiku, agamaku, hidupku, duniaku, ataupun natijah hidupku
(jangka masa terdekat atau jangka masa panjang)

maka takdirkanlah ia kepadaku

serta permudahkan dan berkatilah bagiku pada perkara itu

dan sekiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk

bagiku, agamaku, hidupku, duniaku, ataupun natijah urusan hidupku
(jangka masa terdekat atau jangka masa panjang)

maka jauhkan daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya,

dan takdirkanlah bagiku yang baik sahaja bagiku

di mana-mana pun dan redhakanlah aku dengannya

** Lakukan Solat Sunat Istikharah untuk membuat sesuatu keputusan dengan petunjuk ALLAH.. bukan hanya semasa untuk menentukan jodoh sahaja, tetapi dalam apa jua delima, mudah-mudahan kita dapat membuat keputusan yang tepat dengan petunjuk ALLAH**




Tuesday, October 12, 2010

..::Salahudin Ayubi::..


Penulis : Abdul Latip bin Talib

Kod Buku : PTSB1022

Kod ISBN : 978-983-192-045-9

Harga : RM26.90

Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.

dapatkan senaskah buku menarik ini di
~humairabooks~

Saturday, August 14, 2010

Siri Panduan Ibadat Haji

SIRI PANDUAN
IBADAH HAJI


Tajuk : Siri Panduan Ibadat Haji

No.Kod : GIDV1001 sehingga GIDV1004

Harga : RM50.00 (seunit)

Terbitan : Lembaga Tabung Haji

DVD Panduan Ibadat Haji ini akan memperkaya dan memperkasakan maklumat bakal-bakal haji tentang cara mengerjakan Haji yang lengkap dan sempurna.

Produk yang dipaparkan berdasarkan kepada buku Panduan Ibadat Haji dan Umrah terbitan Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji ini menggunakan rakaman penggambaran suasana sebenar yang dirakamkan sepenuhnya semasa musim haji yang lalu.

Bahagian Bimbingan Tabung Haji mempersembahkan beberapa DVD Panduan Ibadat Haji untuk melengkapkan persiapan dan pengetahuan bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

SIRI PANDUAN IBADAT HAJI

  • IBADAT HAJI (IFRAD) - GIDV1001
  • IBADAT HAJI (QIRAN) - GIDV1002
  • IBADAT HAJI (TAMATTU') - GIDV1003
  • IBADAT UMRAH & ZIARAH - GIDV1004
DVD ini adalah terbitan Lembaga Tabung Haji dan ia boleh didapati di
...::HumairaBooks::..

Saksikan preview dvd ini....(^ ^ ,)

Thursday, July 22, 2010

Koleksi Galeri Ilmu kini di HumairaBooks



Alahai Pengantin Baru

Penulis : Jalilah Abdullah

Kod Buku : GB0038

Kod ISBN : 9778-983-097-178-0

Harga : RM19.90 

 


Di sebalik kisah-kisah yang berlaku pada diri orang lain, kita mungkin akan menemui cerminan diri kita.

 

Ini hanya satu anekdot daripada 111 kisah kehidupan yang terhimpun di dalam buku ini. Kisah yang biasa-biasa  tapi kaya dengan iktibar. Ada kisah yang menyayat hati, menyentak emosi, menyentuh naluri. Ada kisah yang menyubur fitrah, menghidupkan jiwa. Kisah-kisah ini mungkin bukan kisah kita atau orang-orang yang kita kenal, tapi ia merupakan cermin kehidupan yang dekat dengan setiap orang daripada kita. Ada sumber motivasi, bahan renungan dan tip. Justeru itu, dunia mereka, mungkin dunia kita jua... 

 

berkunjunglah ke ..::HumairaBooks::..untuk membuat pilihan  buku terbaik anda

~Selamat membaca, membaca itu Jambatan Ilmu~ 

~Terangi hidupmu dengan Cahaya Ilmu~





Monday, June 28, 2010

Kisah Haiwan Zaman Rasulullah S.A.W




Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -


Buku 1 - HAIWAN DI MAKKAH

• Gajah Raja Abrahah

• Keldai Halimatus Saadiah

• Unta Jelmaan

• Buraq Israk Mikraj

• Ketua Ular Makkah


Buku 2 - HAIWAN DI MADINAH

• Merpati Gua Thur

• Kuda Surakah

• Kambing Betina Mukjizat Nabi

• Unta Betina Tunggangan Rasulullah

• Kambing Biri-biri Beracun


Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah.


Layari ..::HumairaBooks::. untuk memiliki buku yang menarik ini.


Saturday, June 26, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

HADIAH BUAT MUSLIMAH



~HADIAH BUAT MUSLIMAH~

Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah.

Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

Wednesday, June 23, 2010

Formula Solat Sempurna


Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

HARGA : RM25.90
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Selamat berkunjung ke
http://www.stormreaders.net/humairabooks untuk memperolehi naskah buku yang menarik ini.

Tuesday, June 22, 2010

MAJALAH SOLUSI - Panduan Hidup Bersyariat


Jadikan majalah ini sebagai medium peringatan buat dirimu yang mungkin terlupa!Majalah bulanan yang bakal mengetengahkan isu-isu yang dekat dihati pembaca. Padat dengan hasil tulisan penulis-penulis yang prolifik, tips dan panduan serta tulisan-tulisan yang menyentuh hati.

Merangkumi keseluruhan aspek kehidupan ummah:
  • Motivasi untuk ibubapa, suami isteri, anak-anak, remaja, pelajar, pekerja, dan lain-lain.

  • Fiqh Amali

  • Tauhid

  • Muamalat

  • Munakahat

  • Muqasid Syarie

  • Fadhail amal

  • Faraid

Majalah bulanan yang tidak bergantung kepada isu semasa.

MILIKILAH MAJALAH SOLUSI SETIAP KELUARAN.


Dapatkan koleksi majalah yang menarik dan sangat sarat dengan info ilmiah ini di..::HumairaBooks::..


Harga setiap unit (ISU no 1-34):
RM9.00 di Semenanjung Malaysia
RM11.00 di Sabah/Sarawak

Harga setiap unit (mulai ISU no.35):

RM10.00 di Semenanjung Malaysia
RM12.00 di Sabah/Sarawak









































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...