..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

`STORMREADERS`

Menambah Ilmu, Menambah Pendapatan


SIAPA STORMREADERS?


STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780) ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Telaga Biru yang berpengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.



Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah sistem affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.

VISI
Membangunkan ummah dengan menjadi peneraju perniagaan bersyariatkan Islam yang unggul di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia.




MISI
Mewujudkan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ dan ‘networking’yang menepati garis panduan syari’ah dan undang-undang.


Mewujudkan kesedaran pembudayaan ilmu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat


Menyediakan peluang perniagaan yang islamik sebagai alternatif yang jauh dari unsur syubahat dan haram.


Menyediakan ruang dan peluang untuk turut serta dalam mengajak kepada kebaikkan melalui mekanisma ilmu.


Menyediakan peluang menjana dan memperoleh pendapatan tambahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana


Membantu mengembangkan produk-produk bumiputera yang berpotensi untuk dipasarkan.







KENAPA ANDA PERLU ONLINE BISNES BERSAMA STORMREADERS?


1. Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan amat cepat sekali. Proses pendaftaran, selalunya cuma dalam masa 24jam. Setelah itu anda akan terus memiliki sebuah kedai buku (e-store) seperti http://www.stormreaders.net/namakedaianda



2. Anda tidak perlu bermodal besar untuk memulakan perniagaan ini kerana anda tidak perlu menyimpan stok buku. Di dalam semua perniagaan inilah salah satu faktor yang akan menyebabkan modal anda tersangkut. Seperti semua kedai-kedai dan gedung-gedung buku konvensional, anda perlu menyimpan stok buku-buku yang banyak. Bayangkan tajuk-tajuk buku yang baru kerap diterbitkan, oleh kerana kekurangan modal, anda mungkin tidak dapat mengambil tajuk-tajuk baru. Anda mungkin terpaksa pula membuat jualan murah untuk melariskan stok-stok lama dan tajuk-tajuk yang kurang mendapat sambutan.


3. Anda tidak perlu mengajikan pekerja, membayar elaun, KWSP, SOCSO, sewa kedai, bil utiliti, lesen perniagaan dan sebagainya kerana kedai buku anda berada secara virtual di internet.


4. Kedai buku anda dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk hari cuti umum!


5. Tiada risiko kecurian, malapetaka, masalah pekerja sakit, pekerja tidak hadir, dsb seperti yang dialami oleh kedai buku konvensional.


6. Kedai buku anda selalu mempunyai tajuk-tajuk yang terbaru oleh penulis-penulis tersohor dan merangkumi segala topik-topik yang diminati ramai.


7. Penghantaran buku-buku yang dipesan oleh pelanggan anda dilakukan oleh Stormreaders. Anda tidak perlu melakukannya. Bayangkan kos yang anda harus tanggung sekiranya anda perlu mempunyai bahagian delivery anda sendiri – pekerja, kenderaan, stor buku dan pelbagai lagi perkara remeh temeh.






MODAL MINIMA RM75.00


Syarat kelayakan seseorang itu menjadi ahli Stormreaders Network mestilah berumur 18 tahun ke atas dan membayar yuran sebanyak RM75.00 setahun. Setiap ahli Stormreaders akan memiliki 3 perkara utama, iaitu;


1. Kad Keahlian
• Kad keahlian yang memaparkan nama, no. keahlian dan dari bila tarikh keahlian anda.

 
 2. Sistem e-Net dan Laman e-Store peribadi

 • e-Net adalah sebuah laman web, platform utama urusniaga untuk ahli. e-Net adalah tempat untuk ahli melakukan pendaftaran ahli baru, memeriksa jumlah bonus, memeriksa senarai keahlian, mendapatkan bahan-bahan untuk download, mendapat maklumat terkini Stormreaders dan banyak lagi. Terdapat hotline untuk membantu anda mengendalikan e-Net masing-masing.


 • e-Store adalah sebuah laman web yang merupakan kedai buku elektronik kepunyaan anda sendiri. Di sinilah urusniaga pembelian produk Stormreaders dilakukan oleh pelanggan-pelanggan anda.

 3. Kit Permulaan Perniagaan
• Sebuah buku nota ekslusif Stormreaders yang mengandungi penerangan terperinci Stormreaders, panduan usahawan, kata-kata motivasi pengarang-pengarang Stormreaders serta ruangan nota.

• Senaskhah katalog ‘glossy’ yang anda boleh gunakan untuk memperkenalkan produk-produk Stormreaders kepada pelanggan.


• Borang permohonan keahlian untuk anda mendaftarkan ahli-ahli baru yang berminat.


• Slip senarai lengkap produk Stormreaders berserta harga dan nilai CP masing-masing.


• Borang pesanan produk Stormreaders untuk pelanggan-pelanggan anda.


• Resit rasmi Stormreaders yang anda boleh gunakan untuk melengkapkan transaksi jualan.

 ANDA BERMINAT UNTUK MENYERTAI KAMI DI STORMREADERS??


Jangan berlengah lagi,


Hantarkan mesej"Saya berminat menyertai Stormreaders" kepada saya di link ini:


Fill out my form!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...