..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

MUTIARA HATI

Akhlak yang baik didasarkan pada empat sendi: 


Pertama, Sabar, yang mendorongmu menguasai diri, menahan amarah, tidak mengganggu orang lain, dan lemah lembut.


Kedua, Kehormatan diri, yang membuatmu menjauhi hal-hal yang hina dan buruk.


Ketiga, Keberanian, yang mendorongmu pada kebesaran jiwa, sifat-sifat yang tinggi, dan rela berkorban.


Keempat, Adil, yang membuatmu berada di jalan tengah, tidak meremeh-remehkan dan tidak berlebih-lebihan.


(Ibnu Qayyim)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



4 Perkara Yang Lebih Baik

 
1. Adanya rasa malu pada kaum lelaki adalah baik, namun yang lebih baik lagi, bila rasa malu itu ada pada kaum wanita 


2. Adil pada setiap orang itu baik, namun rasa keadilan yang dimiliki oleh pemerintah itu, jauh lebih baik

3. Taubat seorang tua itu baik, namun yang lebih baik lagi, taubat daripada kaum yang muda.


4. Bermurah hatinya kaum yang kaya itu baik, namun yang lebih baik lagi adalah bermurah hati kaum fakir miskin

Rugi Meninggi Diri
“Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana memandang luasnya”.


Ertinya, orang yang meninggi diri, orang tidak akan jatuh hati kepadanya. Sebaliknya orang yang merendah diri dapat mengambil hati orang tanpa bersusah payah. 
 

Semulia Manusia


“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” – Khalifah Abdul Malik bin Marwan


Kepuasan


“Anda tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi anda boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih” – Ibnu Maqaffa


Akhlak Yang Buruk


“Adab dan akhlak yang buruk seperti tembikar yang sudah pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah” – Wahab Munabih


Keadilan
“Keadilan itu syurga bagi orang dizalimi dan neraka bagi penzalim” – Saidina Umar bin Al-Khatab



Akibat Selalu Kenyang
“Sesiapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya, siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan sesiapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya”



Orang Yang Paling Kuat
“Orang yang paling kuat ialah orang yang dapat bangun waktu Subuh”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...