..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

Tuesday, May 31, 2011

Gen-Q * Generasi al Quran Kreatif *








Majalah GEN-Q – Generasi al-Quran Kreatif

Manual Remaja Bertakwa

Majalah Gen-Q membawa remaja atau generasi baru agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif penerbitan Gen-Q adalah untuk membimbing pembacanya bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup.

Islam itu amat luas dan infiniti, namun zaman sekarang ia dibatasi oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan menanam benih sekular ke dalam jiwa generasi baru melalui hiburan dan keseronokan. Agama Islam pula dijadikan sebagai agama keturunan dan ibadat dianggap sebagai satu adat. Islam diasingkan daripada kehidupan seharian yang lama-kelamaan ada yang menganggap beragama itu sebagai lambang kekolotan.

Gen-Q tidak mahu sama sekali ini terjadi kepada jiwa-jiwa muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Dengan tawaduk, para penulis dengan sebulat hatinya menawarkan diri untuk menyampaikan ilmu dan tazkirah juga teks santai sebagai alternatif kepada bahan pembacaan terkini.


Apa yang menarik dalam majalah Gen-Q?

Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi baru ke arah keredaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

Menjadi pelopor kepada majalah remaja Islamik

Sememangnya hajat penerbit yang mahukan dakwah menjadi teras kepada setiap apa yang diterbitkan, maka lahirnya majalah Gen-Q mengisi salah satu ruang yang masih kosong dalam bidang penerbitan majalah, iaitu pengisian Islami ke dalam jiwa remaja dan generasi baru.

Tidak boleh berkata tidak, setiap remaja yang dilahirkan Islam wajib istiqamah dalam pegangannya. Peranan ibu bapa dan pendidik pula adalah memastikan anak tanggungannya sentiasa mengikut rapat dalam lingkungan syariat Islam. Penerbitan majalah Gen-Q ini, dengan izin Allah, sebagai sekelumit bantuan kepada merealisasikan tanggungjawab ibu bapa dan pendidik itu untuk menjadikan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga hasil usaha team majalah Telaga Biru Sdn Bhd ini yang menerbitkan majalah Gen-Q – Generasi al-Quran Kreatif menjadi manual kepada kehidupan remaja dalam mengharungi kehidupan ke arah ketakwaan. Amin.


  • Antara kolumnis yang menulis untuk keluaran perdana GEN-Q ialah Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Umar M Noor, Badrul Sani Baharudin, Ubaidillah Alias, Azzam Supardi, Mahfuzah Omar, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Siti Rohani Surani, Ahmad Fedtri Yahya, Zarita Kasim, Cikgu Yaser M Akhir, Dr Farhan Hadi, Ustaz Wahid Hanif, Ustaz Yusuf A Kadir, Faiz M Azhari dan lain-lain. Juga fotografi yang menarik hasil kerja Halimullah Sharif dan ilustrasi / kartun karya Kartunis Nik Wafdi (101 Rekreasi Hati).

  • Petikan cerpen 'Dia panggil aku Muaz bin Jabal' dalam Gen-Q keluaran perdana karya Faiz M Azhari: Penumpang yang telah sampai ke destinasi beransur turun, termasuklah gadis sekolah Arab itu. Tiba-tiba sahaja aku mengungkapkan kata-kata kepadanya, “Jumpa lagi esok.” Tidak pernah dalam sejarah hidup aku menegur seorang perempuan sebegitu kata. Dia pula menjawab, “Dah tentu, Muaz bin Jabal.” Aku terkedu sambil melihatnya berlalu. Muaz bin Jabal? Nama aku Ahmad Ridza. Mungkin dia salah orang dan menyangkakan aku ini adalah orang yang disangkakannya sebagai Muaz bin Jabal. Aku tak puas hati. Siapa pula Muaz bin Jabal?

  • ‎"YA ALLAH, LAPANGKAN DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU" - Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita tentang membantu sesama Muslim dalam ruangan, 'Renungan Untuk Diriku Yang Mudah Lupa.'

  • ANDAI KASIHKAN RASULULLAH, UCAPKANLAH SELAWAT - Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda’ r.a.) ~waktu yang dianjurkan untuk berselawat~


untuk anda memiliki naskah Majalah TERBARU yang insyaALLAH menarik ini~

..::Keluaran isu PERDANA GenQ ini akan berada di pasaran pada bulan Julai 2011::..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...