..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

Wednesday, August 3, 2011

Sebarkan Bahagia: 5 Tips Ekspresikan Cinta Pada-Nya.









I Love You, Allah,”




Allah SWT sangat baik pada kita. Terlalu banyak ditunjukkan bukti cinta-Nya. Pelbagai hadiah dihulurkan istimewa buat kita berupa makanan, minuman, oksigen, pakaian, tempat tinggal dan banyak lagi. Bahkan, hadiah paling mahal di dunia berupa iman dan Islam turut sudi diberikan-Nya. Dialah sebaik-baik Kekasih yang tidak akan mengecewakan kekasihnya.




Bagaimana pula cara kita mengekspresikan cinta kepada Allah SWT? Agar terbukti kita juga membalas cinta-Nya. Bahkan, kita ingin nyatakan bahawa kita bergantung hidup dan mati hanya pada-Nya.` Biarpun kebesaran-Nya tidak terjejas tanpa cinta kita namun kemuliaan kita terjejas teruk tanpa cinta-Nya. Cintailah Allah SWT agar Dia bertambah cinta kepada kita.




Mari beritahu Allah SWT, “I Love You, Allah,” dengan tips berikut:



1. Mengenali Allah SWT dengan Lebih Dekat Agar Hati Bertaut Pada-Nya



Bagaimana mengenali Allah SWT? Allah SWT telah mengenalkan diri-Nya kepada kita dengan al-Asma al-Husna, sifat-sifat-Nya, dan tindakan-tindakan-Nya. Dia mempunyai kesempurnaan mutlak. Tiada cacat. Tiada kekurangan. Tidak sakit. Tidak mati.



Zat-Nya tidak sama dengan sesuatu apapun. Tak terjangkau akal kita. Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk patung; berhujahlah dengan yakin; “Itu patung! Bukan Allah!” Jika syaitan cuba menggambarkan zat-Nya dalam bentuk manusia; katakanlah; “Itu manusia! Bukan Allah!” Allah SWT berfirman; “Tiada sesuatupun yang seumpama dengan-Nya. Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (As-Syuura: 11).



Kenalilah Allah SWT melalui petunjuk Rasul-Nya. Nabi Muhammad SAW lebih mengenali Allah SWT berbanding kita semua. Sabda Rasulullah SAW:



“Aku adalah orang yang paling mengenal Allah berbanding kalian. Maka, aku adalah orang yang paling takut kepada Allah berbanding kalian.”(HR Bukhari Muslim).



Allah SWT sangat akrab dan dekat dengan kita melebihi dekatnya urat leher kita dengan kita. Dia berpesan kepada Rasul-Nya di dalam al-Quran;



“Jika hamba-Ku bertanya kepadamu tentang-Ku, katakanlah: Aku dekat.” (Al-Baqarah: 186).



Meskipun Rasulullah SAW telah pergi meninggalkan kita namun baginda mewariskan para ulama’ untuk menerangkan petunjuk al-Quran dan al-sunnah. Allah SWT berfirman dalam Surah Faathir: ayat 28, “Orang yang paling takut kepada Allah dari kalangan hamba-Nya ialah ulama.”




Kenali dan cintai ulama insyallah kita akan lebih mengenali dan mencintai Allah SWT. Lazimi majlis-majlis ilmu dan dekati buku-buku karangan para ulama insyallah makin bertautlah hati kepada cinta Allah SWT.




2. Bersangka Baik Terhadap Allah SWT


Sebagai hamba, kita hendaklah bersangka baik terhadap Allah sebagai ekspresi cinta kepada-Nya. Sabda Rasulullah SAW dalam satu hadis qudsi:


“Aku (Allah) berada dalam sangkaan hamba-Ku. Maka bersangkalah dengan apa yang dia kehendaki.” (Riwayat Ahmad).



Dalam riwayat lain menyebut:



“Aku selalu mengikut sangkaan hambaKu.Aku sentiasa bersama-samanya.Ketika ia mengingatiKu dalam dirinya,Aku pun mengingatinya dalam diriKu.Jika dia mengingatiKu dihadapan orang ramai,Aku pun akan mengingatinya dihadapan orang yang lebih ramai.Jika dia mendekatiKu sepanjang sejengkal,Aku akan mendekatinya sehasta.Jika dia mendekatiKu sehasta,Aku akan mendekatinya sedepa.Jika dia mendatangiKu dengan berjalan kaki,Aku akan mendatanginya degan berlari.” (Hadis Qudsi riwayat Al-Bukhari)



Kita juga perlu positif dengan Allah SWT tatkala berdoa kepada-Nya. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 186, Allah SWT mendedahkan tentang diri-Nya yang sentiasa bersedia mendengar apa jua luahan hati , impian, cita-cita dan harapan kita. Malah Dia bersedia mengabulkannya asal saja kita mengikut kehendak-Nya. Firman Allah SWT:



“Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran.”



3. Mencintai Apa yang dicintai oleh Allah SWT



Cara kita mencintai Allah SWT itu mestilah selari dengan apa yang Allah SWT kehendaki. Sebabnya, orang Yahudi dan Kristian juga mengaku mereka mencintai Allah SWT. Hinggakan mereka banyak melakukan kerja-kerja amal atas nama Allah SWT. Namun, apabila mereka mengingkari kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW, maka cinta mereka kepada Allah SWT tertolak.


Firman Allah SWT, “ Katakanlah: Jika kamu mencintai Allah maka ikutlah aku (Muhammad) kamu akan dicintai Alllah. Dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu. Allah maha pengampun lagi maha pengasih.” (Surah Ali Imran: 31)



Dalam buku “Mahabbatullah” (mencintai Allah), Imam Ibnul Qayyim menyusun tahap-tahap menuju cinta Allah. Cinta berkaitan dcngan amal. Amal pula bergantung pada keikhlasan kalbu, disanalah cinta Allah bertamu. Cinta Allah merupakan refleksi dari disiplin keimanan dan kecintaan yang terpuji, bukan kecintaan yang tercela yang menjerumuskan kepada cinta selain Allah. Maka, beramallah dengan amalan-amalan yang Allah sukai dengan mengikut petunjuk Rasul SAW.


4. Membenci Sesuatu yang Dibenci Oleh-Nya.



Allah SWT bencikan kekafiran, maksiat, dan kelalaian. Mujarabkah ubat cinta Allah SWT yang kita teguk dengan menelan sekali racun kemurkaan-Nya?



Allah SWT berfirman, ertinya:



“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya).” (Surah Al Anbiyaa’: 1)



Dalam menilai mana yang baik dan buruk, berpeganglah pada prinsip,



“Yang baik itu apa yang Allah kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah kata buruk.”



Antara perkara-perkara yang mengundang kebencian Allah SWT dan menjauhkan kita dari cinta Allah SWT ialah:



  1. Menduakan cinta Allah SWT dengan tandingan-tandingan lain.


  2. Kufur, fasiq, dan nifaq.


  3. Melakukan perbuatan-perbuatan keji, seperti zina, sodomi, minum-minuman keras, dan lain sebagainya.


  4. Menyia-nyiakan solat, dan mempermudahkan waktu-waktunya, serta (meninggalkan) mendirikannya secara berjamaah di masjid.


  5. Sedikit mengingat Allah SWT.


  6. Sedikit membaca Al-Qur’an.


  7. Meninggalkan berdoa, dan bertawakal kepada Allah SWT.


  8. Mencintai dunia, dan menyibukan diri untuk mengumpulkannya dengan berbagai cara.


  9. Tasyabbuh (menyerupai) dengan musuh-musuh Allah SWT, baik dalam hal pakaian yang tdak menutup aurat, cara hidup, dan penampilan (punk, pondan dll).

  10. Berteman dengan orang-orang jahat, dan orang yang tidak mahu mengingatkannya kepada Allah SWT.


  11. Menyia-nyiakan waktu dalam hal yang bukan termasuk ketaatan kepada Allah SWT

  12. Terlalu banyak makan, minum, tidur, dan bergaul, kerana itu semua menyebabkan rosaknya hati dan malasnya anggota badan dari melaksanakan berbagai macam ketaatan.


  13. Terlalu banyak mendengarkan lagu-lagu, dan menonton siaran TV yang beracun.


  14. Tidak hati-hati dalam segala hal yang berkaitan dengan halal dan haram.


  15. Melanggar perkara-perkara haram yang terang lagi bersuluh, seperti penyalahgunaan dadah, merokok, wanita mendedahkan aurat dan keluar dengan bersolek serta memakai wangi-wangian, dan lain sebagainya.
5. Memperkecil Cinta kepada Dunia.

Memperkecilkan cinta kepada dunia tidak bermaksud kita mesti menjadi orang miskin. Ada sebahagian kecil kelompok akhir zaman yang menganggap kecilkan cinta kepada dunia itu beerti menjauh daripada kehidupan duniawi, kemasyarakatan, pembangunan dan teknologi. Mereka sentiasa mencari jalan keluar daripada tanggung jawab sosial dengan alasan tidak mahu terlibat dalam penyakit sosial.

Rasulullah SAW menunjukkan qudwah yang multidimensi dalam hidupnya. Ia termasuk baginda menjadi qudwah sebagai orang kaya dalam situasi tertentu dan baginda juga menjadi qudwah sebagai orang miskin dalam situasi yang lain. Jika baginda diuji miskin, baginda bersabar dan tekun berusaha. Jika baginda mendapat kekayaan dunia, diekspresikan syukur dengan memanfaatkan harta ke jalan Allah SWT.



Rasulullah SAW dan para sahabat sangat-sangatlah dinamik. Generasi terbaik itu menjaga hubungan dengan Allah SWT dalam berkerja, mencari nafkah, berkeluarga, membuat pembangunan fizikal, membina ketamadunan teknologi dan berperang. Baginda menunjukkan qudwah tentang hubungan dengan Allah, penyucian jiwa daripada akhlak tercela dan menghiasinya dengan akhlak mahmudah dalam setiap aktiviti kehidupan. Hidup Rasulullah dan para sahabat seimbang (wasatiah) hinggakan dunia di jari, Allah tetap berkuasa di hati.


Mari Berdoa

Rasulullah SAW bersabda: “Allah, Yang Maha Agung dan Mulia menjumpaiku (iaitu dalam tidurku), kemudian berfirman kepadaku, “Wahai Muhammad, katakanlah : “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu untuk mencintai-Mu, mencintai siapa saja yang mencintai-Mu, serta mencintai perbuatan yang menghantarkan aku untuk mencintai-Mu.”

Credit to Fatimah Syarha binti Hj. Mohd. Noordin

Tuesday, May 31, 2011

Gen-Q * Generasi al Quran Kreatif *








Majalah GEN-Q – Generasi al-Quran Kreatif

Manual Remaja Bertakwa

Majalah Gen-Q membawa remaja atau generasi baru agar sentiasa mengingati bahawa Islam itu benar dan al-Quran itu sebagai petunjuk jalan ke arah ketakwaan kepada Allah s.w.t. Motif penerbitan Gen-Q adalah untuk membimbing pembacanya bersama-sama menjadikan Islam sebagai jalan hidup.

Islam itu amat luas dan infiniti, namun zaman sekarang ia dibatasi oleh golongan yang tidak mahukan Islam dengan menanam benih sekular ke dalam jiwa generasi baru melalui hiburan dan keseronokan. Agama Islam pula dijadikan sebagai agama keturunan dan ibadat dianggap sebagai satu adat. Islam diasingkan daripada kehidupan seharian yang lama-kelamaan ada yang menganggap beragama itu sebagai lambang kekolotan.

Gen-Q tidak mahu sama sekali ini terjadi kepada jiwa-jiwa muda yang bakal menjadi pemimpin di masa hadapan. Dengan tawaduk, para penulis dengan sebulat hatinya menawarkan diri untuk menyampaikan ilmu dan tazkirah juga teks santai sebagai alternatif kepada bahan pembacaan terkini.


Apa yang menarik dalam majalah Gen-Q?

Terbitan majalah terkini dan berkualiti daripada Telaga Biru Sdn Bhd ini meletakkan seratus peratus jalan Islam di dalam majalah Gen-Q. Kolumnis-kolumnisnya mempunyai latar belakang pendidikan Islam yang kuat dan mempunyai keazaman untuk membimbing generasi baru ke arah keredaan-Nya.

Antara yang menarik – Hikmatun Balighah, kolum yang mendekatkan diri generasi baru dengan al-Quran yang disertai tafsir mudah dan padat. Taman Hadis, kolum untuk memahami isi sesuatu hadis Rasulullah s.a.w. Novel Bersiri, sudut penulisan sastera yang Islamik. Uswah, kolum pelajar cemerlang yang menuntut di luar negara. Tanyalah Cikgu dan Tanyalah Ustaz, soal-jawab tentang psikologi pelajar dan juga kekeliruan dalam bab agama.

Al-Quran dan Sains, kolum tentang rahsia sains yang terkandung dalam al-Quran. Salafus Soleh, kisah sahabat yang boleh dijadikan teladan dalam mengharungi kehidupan seharian. Tip-tip, doa-doa, pengetahuan am, fiqah, amalan harian, tazkirah, motivasi dan pelbagai rencah dan rempah ratus yang mengisi ruang dalam majalah Gen-Q yang menjadikannya sebagai penyebab untuk pembaca memilikinya.

Selain itu, majalah Islamik ini digarap dengan foto serta ilustrasi yang amat menarik, sesuai untuk pembaca memahami sesuatu isu yang diketengahkan. Juga, disusuli penulisan satira dan kartun yang menggeletek hati tetapi mempunyai pengajaran dan manfaat daripadanya. Persembahan reka bentuknya pula menepati cita rasa kini.

Menjadi pelopor kepada majalah remaja Islamik

Sememangnya hajat penerbit yang mahukan dakwah menjadi teras kepada setiap apa yang diterbitkan, maka lahirnya majalah Gen-Q mengisi salah satu ruang yang masih kosong dalam bidang penerbitan majalah, iaitu pengisian Islami ke dalam jiwa remaja dan generasi baru.

Tidak boleh berkata tidak, setiap remaja yang dilahirkan Islam wajib istiqamah dalam pegangannya. Peranan ibu bapa dan pendidik pula adalah memastikan anak tanggungannya sentiasa mengikut rapat dalam lingkungan syariat Islam. Penerbitan majalah Gen-Q ini, dengan izin Allah, sebagai sekelumit bantuan kepada merealisasikan tanggungjawab ibu bapa dan pendidik itu untuk menjadikan mereka cemerlang di dunia dan akhirat.

Semoga hasil usaha team majalah Telaga Biru Sdn Bhd ini yang menerbitkan majalah Gen-Q – Generasi al-Quran Kreatif menjadi manual kepada kehidupan remaja dalam mengharungi kehidupan ke arah ketakwaan. Amin.


  • Antara kolumnis yang menulis untuk keluaran perdana GEN-Q ialah Ustaz Zahazan Mohamed, Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Umar M Noor, Badrul Sani Baharudin, Ubaidillah Alias, Azzam Supardi, Mahfuzah Omar, Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Siti Rohani Surani, Ahmad Fedtri Yahya, Zarita Kasim, Cikgu Yaser M Akhir, Dr Farhan Hadi, Ustaz Wahid Hanif, Ustaz Yusuf A Kadir, Faiz M Azhari dan lain-lain. Juga fotografi yang menarik hasil kerja Halimullah Sharif dan ilustrasi / kartun karya Kartunis Nik Wafdi (101 Rekreasi Hati).

  • Petikan cerpen 'Dia panggil aku Muaz bin Jabal' dalam Gen-Q keluaran perdana karya Faiz M Azhari: Penumpang yang telah sampai ke destinasi beransur turun, termasuklah gadis sekolah Arab itu. Tiba-tiba sahaja aku mengungkapkan kata-kata kepadanya, “Jumpa lagi esok.” Tidak pernah dalam sejarah hidup aku menegur seorang perempuan sebegitu kata. Dia pula menjawab, “Dah tentu, Muaz bin Jabal.” Aku terkedu sambil melihatnya berlalu. Muaz bin Jabal? Nama aku Ahmad Ridza. Mungkin dia salah orang dan menyangkakan aku ini adalah orang yang disangkakannya sebagai Muaz bin Jabal. Aku tak puas hati. Siapa pula Muaz bin Jabal?

  • ‎"YA ALLAH, LAPANGKAN DADAKU IKHLAS MEMBANTU SAHABATKU" - Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita tentang membantu sesama Muslim dalam ruangan, 'Renungan Untuk Diriku Yang Mudah Lupa.'

  • ANDAI KASIHKAN RASULULLAH, UCAPKANLAH SELAWAT - Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.” (Riwayat al-Tabarani daripada Abu Darda’ r.a.) ~waktu yang dianjurkan untuk berselawat~


untuk anda memiliki naskah Majalah TERBARU yang insyaALLAH menarik ini~

..::Keluaran isu PERDANA GenQ ini akan berada di pasaran pada bulan Julai 2011::..

Saturday, April 9, 2011

A-Z Tentang Munakahat Tapi Anda Tiada Tempat Untuk Bertanya...


Penulis :Tuan Hj Dr Zahazan Mohamed

Harga : Semenanjung M'sia - RM30.00

Sabah / S'wak- RM32.00

Kod Katalog : TBBK 1181


Buku ini berkisar tentang soal jawab munakahat yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Turut disertakan penerangan yang mudah difahami, terperinci dan menyeluruh. Kepada calon-calon suami dan isteri, buku ini amat sesuai untuk dimiliki sebagai mempersiapkan diri sebelum memasuki gerbang perkahwinan agar bahtera yang dinaiki, tidak terpesong dari arah tujuan yang sebenar walaupun dilanda badai atau karam di tengah lautan. Diharapkan buku yang disampaikan dalam bentuk soal jawab yang mudah difahami ini mendatangkan manfaat yang besar kepada seluruh umat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai bahan bacaan dan rujukan serta bahan kuliah untuk dibaca selepas solat berjemaah atau di dalam usrah dan tazkirah keluarga. Buku ini juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah majlis pertunangan, perkahwinan dan hari ulang tahun.

**Produk terkini di HumairaBooks**

~Teruskan usaha anda untuk Menambah Ilmu dan beramal ya~
"Moga ALLAH sentiasa memayungi dirimu dengan Rahmat Kasih Sayang-NYA"
Aaamin~

Sunday, April 3, 2011

* Kuntum Cinta Di Taman Syurga *


Penulis: Thoyba Mursyidah

Harga: RM 17 / RM 19

ISBN-13: 978-967-5783-54-8

Tarikh Terbit: 11 Feb 2011

Jumlah Muka Surat : 304

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd



Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan. Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap, sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit? Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.


Layari : http://www.stormreaders.net/humairabooks untuk miliki naskah Istimewa ini ^_^

Wednesday, March 9, 2011

Tips @ ~..::HumairaBooks::..~



Tips untuk mudah mencari di ~..::HumairaBooks::..~

Taip sahaja perkataan yang ingin anda cari
dalam ruangan yang telah disediakan dan klik 'Search'


Contoh sebagaimana diatas,

Jika anda mahu mencari majalah, taipkan saja perkataan itu dan klik pada butang 'Search'

paparan pelbagai majalah akan tertera~

selamat menambah ilmu ya ^^,

Monday, February 14, 2011

~Ajarkan Buah Hati Mencintai Nabi~



Penulis : Arsil Ibrahim

Harga : RM25.00

"Ayahanda dan bonda,

fitrah suci yang Allah SWT titiskan daripada telaga syurga dahulu, yang kita bawa bersama ketika lahir daripada perut ibu dahulu,

fitrah itu, rasanya kini telah lusuh dan pudar warnanya.

Fitrah itu kini telah diwarnai warna-warna keduniaan yang suram dan kelam.

Kita tidak pernah lagi dapat menikmati tegukan air keimanan yang berada di dasar hati.

Sebab bertan-tan sampah dunia telah mengotorinya setiap hari....


**Selamat menimba ilmu untuk semua pembaca**

Layari
..::HumairaBooks::.. untuk mendapatkan menarik naskah ini ^^,

~Perjalanan Hidup Empat Khalifah Rasul Yang Agung~


Harga setiap unit (piece): RM95.00

Rasulullah s.a.w. adalah teladan yang paling layak ditiru. Akhlak yang mulia selalu tercermin dalam setiap perkataan dan tingkah laku beliau. Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad saw. telah diakui bukan hanya oleh umat Islam, bahkan ianya telah diiktiraf oleh non-muslim.

Michael Hart

- penilis buku The 100: A Ranking of the most influential Person in History

- menempatkan Nabi Muhammad s.a.w di urutan pertama

tokoh yang paling berpengaruh di dunia.

Enksiklopedia ini merupakan kunci pembuka pintu-pintu kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w untuk kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Tentu saja, hal ini kerana tidak ada satu pun akhlak mulia yang tidak beliau ajarkan dan pasti beliau memberi tauladan terbaik dalam kehidupan seharian beliau.

Ensiklopedia ini memerinci akhlak-akhlak beliau yang nescaya menjadi asas bagi pembaca yang menginginkan hidup selalu berhias akhlak mulia.


**Selamat menimba ilmu untuk semua pembaca**

Layari
..::HumairaBooks::.. untuk mendapatkan menarik naskah ini ^^,

Monday, January 31, 2011

~Biografi Muhammad bin Abdullah~



Allahumma shalli 'ala Muhammad
Ya Rabbi shalli 'alaihi wa saliim

Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad

Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Al-quran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Pabila mulut jauh dari AsmaNya
Langkahnya hidup bagai hilang berkahNya
Pabila dunia tak berlandaskan jiwa
Siap-siap akhirat meninggalkannya

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad
Shalu 'ala Muhammad

Pabila hati hilang cahaya iman
Langkahnya hidup hitam tanpa penerang
Pabila jiwa jauh dari Alquran
Langkahnya hidup bagai tanpa pedoman

Di bayang-bayang fatamorgana
Berharap hidup khusnul khotimah
Di bayang-bayang fatamorgana
Diri memohon selamatkan hamba

Ya... Rabbi... Ya... Rabbi... Ya... Rabbi...


(Shollu Ala Muhammad - Opick)

  • "Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca." - Aliya Yeoh, pendidik -
  • “Membaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.” -Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji -
  • “Dapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.” -Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm -
  • “Buku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.” -Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim -
  • “Pengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.” -Lelucon, blogger-
Layari ..::HumairaBooks::.. untuk mendapatkan naskah ini ^^,

Penulis : Zulkifli Mohd. Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman

Kod Katalog : PTSB1007

Kod ISBN : 978-967-5137-91-5

Harga : RM 35.00

~Hadis 40 Imam Nawawi~



Penulis

: Ustaz Zahazan Mohamed

: Hj Muhammad Zakaria

Kod Katalog
: TBBK 1106
Kod ISBN
: 978-967-388-012-6
Harga

: Semenanjung M'sia - RM23.00

: Sabah / S'wak: RM25.00


Buku Hadis 40 Imam Nawawi ini adalah antara yang tersendiri dalam kelasnya di mana setiap satu daripada 42 hadis yang terkandung dalam himpunan HADIS 40 ini diiringi dengan gambar foto, pemandangan, objek, artifak dan grafik untuk menguatkan isi dan hujah serta huraian hadis. Hadis-hadis yang terkandung dalam buku ini tidak disertakan sanadnya pada teks bahasa Arab supaya setiap hadis itu menjadi lebih pendek, ringkas dan mudah dihafal supaya dengan itu hadis-hadis tersebut mudah tersebar dengan meluas serta mudah menjadi sebutan daripada lidah para da’i. Walau bagaimanapun, sanad-sanad tersebut disertakan dalam terjemahan bahasa Melayunya.

Jadikan buku ini sebagai bahan bacaan seisi keluarga di rumah, di pejabat dan di masjid untuk diamalkan dalam kehidupan.

Sunday, January 23, 2011

Indahnya Islam Mengatur Kita


Indahnya Islam Mengatur Kita

Penulis : Harussani Haji Zakaria

Kod Buku : MRBK1006

Kod ISBN : 978-967-5426-07-0

Harga : RM25.00


Buku ini mengandungi 20 tajuk yang menjadi fokus SS Mufti untuk menasihati umat. Ianya terdiri dari beberapa isu-isu semasa seperti kekeluargaan, murtad, pembelaan kaum wanita, pertahanan negara, akhlak, etika dan pengurusan stres, undang-undang, rasuah dan sebagainya.

Pembaca diajak supaya memahami pandangan Islam dalam menangani sesuatu isu dan beliau menjadikan al-Quran dan hadis sebagai tulang belakang dalam menguatkan hujah-hujah beliau sebelum mengambil pandangan dan tafsiran orang lain.

Mudah-mudahan Allah SWT memberkati terhadap usaha kecil ini dan para pembaca dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari inti pati buku ini. InsyaAllah.

Untuk mendapatan naskah menarik ini...layari~~ ..::Humairabooks::.. ~~

Monday, January 17, 2011

~LA TAHZAN KERANA JODOH~~


La Tahzan Kerana Jodoh

Harga setiap unit (piece): RM18.00

Penulis : Najla Mahfuzh

Kod Buku : MRBK1008

Kod ISBN : 978-967-5426-14-8

“Wanita lebih baik dan unggul dari lelaki dalam soal cinta. Wanita lebih mendalam cintanya dari lelaki, lebih ikhlas dan lebih besar pengorbanannya demi cinta. Wanita juga lebih banyak menanggung penderitaan dalam cinta berbanding lelaki”

Setiap wanita mengimpikan sebuah perkahwinan bahagia yang diselubungi perasaan cinta hingga ke akhir hayat. Dalam usaha mencari cinta sejati, berbagai-bagai halangan yang perlu dilalui dan yang pastinya halangan-halangan itu sedikit sebanyak akan membuatkan kita sedih dan patah semangat untuk meneruskan keinginan dalam mencari cinta sejati.

Buku ini menyelitkan rentetan-rentetan cerita dan pengalaman anak-anak gadis yang menghadapi masalah dalam mencari pasangan hidup. Kita harus ingat, tidak semestinya sesebuah perkahwinan itu berakhir dengan kebahagiaan, sebenarnya masih terlalu banyak sumber kebahagiaan yang masih belum kita terokai. Di sini penulis, cuba menyelesaikan masalah mereka dengan memberi nasihat dan cadangan untuk mereka meneruskan kehidupan dengan lebih tenang.

"Jadi bersabarlah dan jangan terlalu sedih"

Jom baca dan beli buku ini di ..::HumairaBooks::.. ^^,

Thursday, January 13, 2011

~IKHLAS~


Ikhlas adalah roh ibadah
Tidak ada ikhlas, ibadah tidak ada roh
Ibadah tidak ada roh, ibadah yang mati


Kalau benda yang bernyawa tidak ada roh,
Nyawa sudah tidak berguna


Ertinya, ibadah dan kebajikan
yang tidak ikhlas (tidak ada rohnya) ibadah dan kebajikan itu tidak diterima


Biarlah ibadah dan kebajikan yang sedikit tapi murni (ikhlas) daripada banyak,
ikhlasnya tidak ada tertolak semuanya


Oleh itu roh ibadah kenalah dijaga
Kerana ia penentu ibadah atau kebaikan kita ditolak atau diterima


Bukan mudah beribadah atau membuat kebaikan hendak ikhlas


Ikhlas ertinya ia dibuat semata-mata
kerana Allah Taala Tidak ada sedikit pun kerana selain-Nya


Kalau ada ia dibuat kerana selain-Nya
ibadahnya atau kebaikannya tidak diterima


Tanda seseorang itu ikhlas
:

1. Orang puji atau keji sama sahaja. Dipuji, hati tidak berbunga. Dikeji, hati tidak pula derita.


2. Kalau dia rajin atau beribadah sama ada di waktu seorang atau di waktu ramai, sama saja.


3. Kerana rajin bekerja atau buat kebaikan, dia tidak marah kalau orang lain tidak menolongnya.

4. Apabila letih bekerja tidak pula marah-marah dengan orang lain yang mengganggunya atau tidak buat kerja.

5. Kalau dia membuat ibadah atau buat kerja, hatinya tidaklah pula berkata moga-moga ada orang melihat supaya ada orang memujinya.


6. Setiap kebaikan yang dia buat dia tidak suka orang lain melihatnya takut hatinya berbunga.

7. Kalau dia dipuji susah hatinya, kalau di dikeji hatinya boleh menerimanya, hati kecilnya berkata, “Aku hamba, memanglah ada cacat celanya.”

8. Dia membuat baik bukan kerana digesa-gesa, kemudian membuatnya kerana malu dengan manusia.


9. Dia membuat bukan kerana sudah kehendak masyarakat, kalau tidak dibuat apa kata orang pula.


10.Dia tidak bersikap: kalau dipuji, dia rajin atau buat, walau dia dicaci, dia tidak rajin atau tidak buat.


11.Dia juga bukan orang yang kebaikannya suka sangat hendak menyebut-nyebutnya supaya orang tahu.


12.Bukan pula di hadapan orang dia rajin, bertertib dan berakhlak. Jika seorang, dia buat hendak cepat-cepat dan cincai-cincai.

Untuk kita dapat tahu kita ini ikhlas atau tidak atau kurang ikhlas padankan yang 12 tadi dengan hati

Saturday, January 8, 2011

LA TAHZAN KERANA CINTA




Cinta bukan paksaan..
Ia lahir dari dua perasaan,
Kehadirannya tidak di undang,
Perginya tiada yang mer
elakan,
Kerana...
Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

Dapatkan buku terbaru dari stormreaders bertajuk "LA TAHZAN KERANA CINTA"
RM19.90

Sunday, January 2, 2011

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin~

Penulis : Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Kod Katalog : TBBK 1093
HARGA : RM 20.00


Dengan perkembangan ketamadunan manusia dan kemajuan globalisasi, sudah ada orang beranggapan soal nikah kahwin menjadi satu adat. Golongan yang menolak remeh-temeh adat lantas menjadikan nikah kahwin suatu upacara mudah dan ringkas.
Sementara orang berkemampuan menjadikan nikah kahwin sebagai satu majlis sosial untuk mempamerkan darjat dan kekayaan. Sedarkah kita bahawa nikah kahwin ialah soal hukum-hakam syariat yang dipanggil munakahat. Dapatkah kita bezakan antara syariat dan adat? Kurangnya orang belajar tentang munakahat hari ini menyebabkan banyak perkara remeh-temeh tentang nikah kahwin sudah diabaikan.
Buku Soal Jawab Remeh-Temeh tentang Nikah Kahwin tapi Anda Malu Bertanya edisi kemas kini ini mengajak pembaca kembali memahami sekecil-kecil perkara tentang nikah kahwin kerana ia agenda terpenting dalam membentuk generasi pewaris kehidupan kita.


Sila layari www.stormreaders.net/humairabooks untuk mendapatkan buku ini~





~ULANGTAHUN PERTAMA STORMREADERS~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...