..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

Monday, June 28, 2010

Kisah Haiwan Zaman Rasulullah S.A.W




Kisah Haiwan Zaman Rasulullah SAW ini mengandungi 2 set buku iaitu -


Buku 1 - HAIWAN DI MAKKAH

• Gajah Raja Abrahah

• Keldai Halimatus Saadiah

• Unta Jelmaan

• Buraq Israk Mikraj

• Ketua Ular Makkah


Buku 2 - HAIWAN DI MADINAH

• Merpati Gua Thur

• Kuda Surakah

• Kambing Betina Mukjizat Nabi

• Unta Betina Tunggangan Rasulullah

• Kambing Biri-biri Beracun


Semua haiwan ini pernah bertemu atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Penulisnya menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang dialami ketika bersama Rasulullah. Adik-adik akan bertemu dengan peristiwa yang belum pernah adik-adik dengar. Ini bukan dongengan Sang Kancil, tetapi peristiwa sebenar yang berlaku pada diri Rasulullah.


Layari ..::HumairaBooks::. untuk memiliki buku yang menarik ini.


Saturday, June 26, 2010

INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT



Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.

Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.

HADIAH BUAT MUSLIMAH



~HADIAH BUAT MUSLIMAH~

Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.

Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah.

Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

Wednesday, June 23, 2010

Formula Solat Sempurna


Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman

HARGA : RM25.90
FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.

Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Selamat berkunjung ke
http://www.stormreaders.net/humairabooks untuk memperolehi naskah buku yang menarik ini.

Tuesday, June 22, 2010

MAJALAH SOLUSI - Panduan Hidup Bersyariat


Jadikan majalah ini sebagai medium peringatan buat dirimu yang mungkin terlupa!Majalah bulanan yang bakal mengetengahkan isu-isu yang dekat dihati pembaca. Padat dengan hasil tulisan penulis-penulis yang prolifik, tips dan panduan serta tulisan-tulisan yang menyentuh hati.

Merangkumi keseluruhan aspek kehidupan ummah:
  • Motivasi untuk ibubapa, suami isteri, anak-anak, remaja, pelajar, pekerja, dan lain-lain.

  • Fiqh Amali

  • Tauhid

  • Muamalat

  • Munakahat

  • Muqasid Syarie

  • Fadhail amal

  • Faraid

Majalah bulanan yang tidak bergantung kepada isu semasa.

MILIKILAH MAJALAH SOLUSI SETIAP KELUARAN.


Dapatkan koleksi majalah yang menarik dan sangat sarat dengan info ilmiah ini di..::HumairaBooks::..


Harga setiap unit (ISU no 1-34):
RM9.00 di Semenanjung Malaysia
RM11.00 di Sabah/Sarawak

Harga setiap unit (mulai ISU no.35):

RM10.00 di Semenanjung Malaysia
RM12.00 di Sabah/Sarawak









































































































































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...