..::Profil::..

My photo
HumairaBooks menyediakan pelbagai koleksi Bahan Ilmiah yang sangat menarik untuk anda miliki. Pelbagai koleksi buku, CD, dan VCD yang insyaALLAH tidak akan mengecewakan pemilik koleksi ini. Antara koleksi yang paling laris waktu ini, Al Quran Wakaf Ibtida', Majalah SOLUSI dengan perbagai isu, Ensiklopedia Solat (Edisi Khas), buku Edisi Istimewa- Aku Terima Nikahnya, Indahnya Hidup Bersyariat, Zikir Pagi & Petang, Formula Solat Sempurna, Hadiah Buat Muslimah dan Al-Ma'thurat. Terdapat keluaran-keluaran baru yang menarik untuk dimiliki oleh anda. Antaranya Buku Sebelum Aku Bernikah, Buku Terjemahan Konvensyen FIQH Ummah, Kertas Kerja Konvensyen FIQH Ummah, Buku Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik, Majalah Gen-Q, Novel Sebarkan Cinta-Mu, buku 50 Tokoh Berpengaruh, Tragedi Cinta Taj Mahal, Solat Sunat Pilihan 2, Denyut Kasih Medik, Rayuan Cinta Buat Isteriku, Kisah Haiwan Makkah Zaman Rasulullah S.A.W dan Ringkasan Riyadhus Salihin.

~Hit Counter~

unique visit

~Asmaul Husna~

Asmaul Husna

..::Tag::..

Sunday, October 14, 2012

Formula Haji Sempurna





www.stormreaders.net/humairabooks

Buku ini merupakan siri ilmiah yang boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan haji dan umrah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna dan bermaklumat. Lebih mudah untuk difahami sekali gus jemaah haji akan berasa gembira dan puas hati menjadi tetamu Allah Taala. Penulis tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada bakal jemaah haji malah juga didedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para jemaah supaya berhati-hati dalam melaksanakan ibadah suci ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah kedudukan Tanah Haram, kepentingan haji, persiapan bakal haji, sikap tolong-menolong semasa mengerjakan ibadah haji, cara pelaksanaan haji dan umrah ikut urutan masa, amalan-amalan yang perlu diutamakan semasa menjadi tetamu Allah, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian jemaah, keutamaan menziarahi Masjid Nabi dan beberapa amalan sahabat ketika mengerjakan haji. Buku ini berguna kepada calon jemaah haji dan jemaah haji muda, terutama kepada bakal jemaah haji yang telah berdaftar untuk menunaikan haji. Buku ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi jemaah haji bagi mendapat haji yang sempurna dan mabrur. Mengapa buku ini perlu dimiliki? Buku ini menyediakan panduan praktis yang mudah dan komprehensif.


Nama Penulis : Mohd Najib Abdul Kadir & Abdul Salam Yussof
Harga: RM 28.00
Kod Produk: TBBK 1238
ISBN: 978-967-388-101-7
Saiz: 14 cm x 21 cm
Mukasurat: 288 ms
Tarikh produk berada di pasaran: September 2012

Wednesday, September 12, 2012

❤ AL-QURAN ~ MY-QALAM ❤

http://www.stormreaders.net/nProductCode=MQQD1001/humairabooks
  • Read Word By Word
  • Point the Pen on Ayah/Surah/Word of your choice
  • Complete Holy Qur'an in voices of 18 famous Reciters
  • Beautifull printed Holy Quran (Othmanic Style).
  • Option to store Qari/Reciter Audio, Dua, Adhan, Nasheed (File format: MP3)
  • Beautiful Pen with beautiful Gift Packing
  • Internal Li-Ion Chargable Battery
  • 7 Qari Recitation
  • 28 Quran Translations
  • 7 Tafsir Books
  • 23 Islamic Books
  • 9 Font styles
  • Qibla Direction of worldwide cities
  • Prayer Time with Adhan Alarm

Friday, September 7, 2012

Majalah JOM!

Majalah Jom! menyajikan anda kandungan-kandungan yang segar mengisi jiwa dan pemikiran para pendakwah muda. Antara kolum-kolum menarik yang terkandung di dalam majalah Jom! :

1.Ta'rif

2.Fokus Utama
3.Karya Kreatif
4.Gaya hidup
5.Tsaqafah
6.Tips
7.Jom! tanya Murabbi Osem!
8.Alam Islami
9.Isu Semasa
10.English
11.Sentuhan Jiwa
12.Dunia Islam
13.Santai
14.Tarbiyah

Kandungan Majalah Jom! disumbang oleh kolumnis dan penulis prolifik yang terdiri daripada tokoh dakwah, golongan profesional, selebriti yang telah berhijrah dan penulis-penulis muda dari dalam dan luar negara.


Dakwah itu mudah -
Bukan sekadar kewajipan tetapi gerakan yang menghidupkan!
http://www.stormreaders.net/nProductCode=DPBK1002/humairabooks

http://www.stormreaders.net/nProductCode=DPBK1003/humairabooks

http://www.stormreaders.net/nProductCode=DPBK1004/humairabooks

http://www.stormreaders.net/nProductCode=DPBK1005/humairabooks

http://www.stormreaders.net/nProductCode=DPBK1006/humairabooks

Saturday, July 28, 2012

Gerakan Freemasonry



PENULIS  : HJ. NIK AZRAN MUHAMED & HJ. MOHD MAHADI HJ. ISA
PENERBIT : HIJJAZ RECORDS PUBLISHING

Harga : Semenanjung Malaysia RM35.90, Sabah Sarawak RM37.90

FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama ahli pertubuhan.

Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.

Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama, sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.

Buku Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa, seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.

Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.

Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak menganuti sebarang agama.

Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: “Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda.”
Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova dan pertubuhan yoga.

Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.

Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.

Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya ‘albab’ yang bermaksud pintu.

Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu kedatangannya pada akhir zaman.

Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”

Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu, tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.

Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.

Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil dinullah atau agama antarabangsa.

Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.

Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.

Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.

Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776. Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta meninggal dunia pada 1830.

Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal Dajjal.

Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat Robertson.

Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka, semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.


Untuk pembelian secara terus, klik link ini:
http://www.stormreaders.net/nProductCode=HRPB1002/humairabooks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...