PENULIS : HJ. NIK AZRAN MUHAMED & HJ. MOHD MAHADI HJ. ISA
PENERBIT
: HIJJAZ RECORDS PUBLISHINGHarga : Semenanjung Malaysia RM35.90, Sabah Sarawak RM37.90
FREEMASONRY secara umum diterjemahkan sebagai pertubuhan persaudaraan
dan dalam kamus dwibahasa ia memberi erti semangat persaudaraan sesama
ahli pertubuhan.
Jika dilihat pada zahir pengertian itu, tiada apa yang tidak kena padanya.
Tetapi sedar atau tidak, ia suatu pertubuhan yang sangat bahaya
kepada umat Islam kerana agendanya untuk melenyapkan ketaatan beragama,
sekali gus menimbulkan kecelaruan di kalangan masyarakat dunia.
Buku Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam
membongkar pergerakan organisasi Yahudi antarabangsa itu yang bekerja
untuk menghancurkan kesejahteraan manusia serta merosakkan kehidupan
politik, ekonomi dan sosial.
Gerakan itu dipelopori orang Yahudi yang ingin mengambil tanah
Palestin dan membina Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjidil Aqsa,
seterusnya melebarkan kuasa ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir dan Madinah.
Ia ditubuh serta dirancang oleh Yahudi untuk memusuhi semua agama
secara umum dan Katolik khususnya, namun kemudian mereka mengalih
perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.
Buku ini membincangkan secara terperinci agenda dan dakyah yang cuba
dimajukan Freemasonry serta sekutunya yang berantaian di seluruh dunia
dalam usaha memberikan kesedaran kepada umat Islam.
Antara misi Freemasonry seperti dilaporkan ialah menyebarkan ideologi
ilhadiyah iaitu suatu fahaman tidak mempercayai kewujudan tuhan dan
tidak menganuti sebarang agama.
Buktinya sebagaimana kata seorang Freemasonry, Proudon: “Freemasonry
adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada
seseorang anggota Freemasonry yang berkata-kata mengenai kewujudan
tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau
mereka menganggap tuhan dan manusia sebagai suatu benda.”
Menurut penulis muda ini, kedua-duanya berkelulusan dari Universiti
al-Azhar, gerakan terbabit juga menubuhkan pelbagai pertubuhan bersifat
kemanusiaan dan kebajikan seperti pertubuhan Bahaiyah, Kesaksian Yehova
dan pertubuhan yoga.
Pertubuhan Bahaiyah misalnya, timbul di Iran pada 1844, diasaskan
seorang Yahudi yang menyamar sebagai orang Islam menggunakan nama Mirza
Muhammad Ali Syirazi yang meninggal dunia pada 1853.
Ia dikatakan timbul di kalangan Syiah Imamiyah di sebuah kawasan bernama Syirazi di wilayah Iran.
Mirza Ali dikatakan mendakwa dirinya ‘albab’ yang bermaksud pintu.
Beliau mendakwa dirinya menjadi pintu bagi kaum Syiah atau seluruh
umat Islam yang akan mentadbir mereka bersama imam yang ditunggu-tunggu
kedatangannya pada akhir zaman.
Perkataan albab diambil daripada sabda Nabi yang bermaksud: “Aku kota ilmu dan Ali adalah pintunya.”
Menurut fahaman Syiah, Saidina Ali adalah pintu yang dimaksudkan itu,
tetapi Mirza Ali mendakwa dirinya seperti dimaksudkan hadis terbabit
dan menamakan ajarannya sebagai Babiyah atau Bahaiyah.
Fasa awal penubuhannya, pergerakan ini mendapat sambutan menggalakkan
kerana pada zahirnya cenderung kepada amalan Islam tulen, tetapi
kemudian ia jelas menyeleweng daripada kehendak Islam.
Mirza Ali merumuskan agama Islam, Yahudi dan Kristian adalah agama
yang datang dari Tuhan dengan mengajak semua penganut agama terbabit
membubarkan agama mereka dan membentuk agama yang satu dipanggil
dinullah atau agama antarabangsa.
Sekiranya dikaji fahaman itu lebih mendalam, kesannya boleh
mengakibatkan manusia meninggalkan semua agama mereka seterusnya membawa
mereka kepada ilhadiyah sebagaimana matlamat dikehendaki Freemasonry.
Mereka yang mengikuti ideologi Bahaiyah menganut fahaman wahdatul wujud iaitu penyatuan antara makhluk dan tuhan.
Fahaman ini sudah tentu ternyata sesat dan syirik kepada Allah yang Maha Esa.
Pergerakan Illumanity (cahaya), ditubuhkan Adam Weishaupt pada 1776.
Beliau seorang anggota Freemasonry yang murtad daripada Kristian serta
meninggal dunia pada 1830.
Illumanity dinisbahkan kepada satu daripada kumpulan Yahudi. Mereka
menamakan Illumanity sempena nama iblis, selaku pemerintah tunggal alam
ini dengan pusat pentadbirannya di Segitiga Bermuda, tempat tinggal
Dajjal.
Lambang pertubuhan terbabit dikatakan terdapat pada mata wang Amerika
Syarikat, menunjukkan negara itu dikuasai bangsa Yahudi. Pereka mata
wang itu seorang anggota Freemasonry daripada pergerakan Illumanity, Pat
Robertson.
Antara matlamatnya ialah menghapuskan sistem warisan harta pusaka,
semangat cintakan tanah air dan semua agama sedia ada di dunia supaya
manusia dapat dipaksa menganuti ideologi bersifat antarabangsa.
Untuk pembelian secara terus, klik link ini:
http://www.stormreaders.net/nProductCode=HRPB1002/humairabooks